Sunday, June 24, 2012

sekitar majlis pertunangan my adik(2 jun 2012)






sama2 kita berkongsi ilmu....

Assalamualaikum,

Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

'Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,' tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri KeramatKuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: 'Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.'

Atau ' Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.'

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ' Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.' Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ' Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala'.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut..

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham.. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat.. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', 'Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii' (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i..e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur..
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S..W.T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : 'Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ' FRIDAY the 13th ' jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!'
Wassalam.
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...' Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain

Saturday, November 6, 2010

7.11.2010

Assalamualaikum semua.Agak lama dhaku x menaip kt blog aku ni.selamat aku igt lagi pass nk masuk dia.haha...actly aku dh xtau nk ape ni..so saje2 nk bt karangan mlm ni....banyak dh aku lalui dari hari last menulis dlm blog ni..yg indah,yg x berapa nk indah...yg sakitkan hati..pendek kata,semua la aku tempuhi.nk bt cmne..kita manusia,mmg kena lalui la...
skrg ni aktiviti aku dh d kurangkan skit..aku skrg lebih suka duduk kt rumah je..time cuti pun dok teperap kt umah..so sesi ambil gambar pun xde sgt.kamera pun dok simpan lam almari..huh,beli mahal simpan je.bgus aku jual..haha.xpe3..hobi tu nti mase2 mood elok rasanya akan aktif balik.bt masa skrg je..aku rasa mcm xde mood nk amik gambar...bkn la xde amik lgsg,,,cuma kurangla...chating pun aku dh kurang dh..mmg jarang la aku masuk room perak 2 tu.kalo x,dlu mmg tiap2 hari aku masuk...org cakap peralihan masa umur2 dewasa kot.hehe..ape2 jela...yg aku tau,aku nk jadi yg lebih baik dari yg dlu...xkisah ape kwn2 aku nk ckp..yg penting aku bt sume ni dgn hati terbukaxde paksaan langsung.skrg cinta dlm hidup aku pun dh xde..so cncern pasal hidup aku jela..hidup org lain g mati la.kubur asing2..haha.adehh,sakit gg lak..dh dekat sebulan aku sakit gg.maklumla gg org tua.reput dh..lobang sane lobang sini..tp g klinik mls la plak.saje suke tahan sakit..hehe.itula aku.mlm ni sejuk..biasala,musim hujan.kesian org2 smnnjung..kene hujan tiap2 hari..kt sini cuaca boleh dikatakan baikla.sejuk2 ni mmg sedap tdo.so aku tdo dlula..haha.Assalamualaikum.Kalo ada masa dan rajin..adela yg aku post dlm blog aku ni.Selamat malam.

Saturday, June 5, 2010

first wedding shot....



...thanks to mr edz 4 give me the chance to shot this couple..

Monday, January 11, 2010

11/1/2010

assalamualaikum dan selamat malam kepada semua.isnin 11/1 fuhh....1 hari pack untuk aku,pttnye aku mcm besa je xde keje,tah ttbe pulak p.k aku ni je bg aku keje..dia suh taip j/kuasa kurikulum pulak..da la byk.nk je aku ckp bkkn keje aku...tp xsampai ati lak betul x??sbb dia ade anak dara lawa hakhak.aku balik keje dlm pukul 1 camtu la...ptg tu aku da plan da nk g maybank bkk akaun baru..sbbnye 1 je..nk bt maybank2u utk aku sng byr bil je..so aku pegila,,sampai je kt maybank aku mskla..da ckp aku nk bkk akaun baru,so diorg amik ic aku nk scan..last2 cip dia x detect.aku da tau lama da cip ic aku tu rosak..dia ckp kalo cmtu xleh bkk a/c baru la,jenuhla aku ayat amoi tua tu supaya trima je..last2 dia xmo gak.dia suh aku g bt ic baru...aku pun ngalah jela.sblum aku nk g jpn nk bt ic baru.aku singgah pjbt pos dlu sbb nk renew roadtax moto ngn insurans skali.dlm kul 3 kot baru nk siap..so aku trusla pegi jpn..tah ttbe lak perut aku rs lapo sbb x mkn lg..sblum sampai jpn tu ade mcd kt shell,so aku singgah la dlu..mkn punya mkn sampai la kul 4.aku trusla g jpn tu..sampai je kt situ diorang suh aku blk sbb ade lg dlm 20org tgh q nk bt ic baru.uwwaa.....diorg ckp da x sempat.akak tu suh aku dtg ari sabtu x pun ahad.telopong nganga mulut aku haha..dia ckp sabtu ahad pun bkk hehe..sbnrnye aku x penah tau pun hakhak.so aku decide ari mgu je baru nk bt...so aku trus la blk umah.rekod rini sbb aku x tdo ptg tp tdo gak haha..sampai je umah aku layan citer korea sampai abeh dan sampai tetido muahaha...dan skrg aku rs lapo sbb baru bgn tdo kehkeh...

Sunday, January 10, 2010

10/1/2010

assalamualaikum....slmt ptg sume(tp kt sabah ni da mlm pun).ok hari ni aku tade wat ape2 just tdo 1 hari hakhak...tdo pun mlm td kul 4pg lps tgk man utd punye game,pastu aku main gem lak hihi...frust gila sbb man utd seri je.niat aku mmg nk tdo je hari ni sbb smlm aku da spare da beli roti keping utk mkn tghari..hakhakmls betul aku nk kuar g mkn.Sabah ni da bape hari da x hujan..pns menggila xlalu aku nk kuar.Bkn aku nk jaga kulit aku ni yg da mmg hitam...tp mmg xleh la pns sgt.aku bgn awal dlm kul 10pg..gosok gg mnum air pastu kedarah roti aku cicah ngn susu..pastu dok ngadap lappy sat sampai la aku tdo blk kul2..sampai la ptg kul 5 lebih baru bgn...bgn2 je terasa la lapar,td aku da msg kwn aku ckp nk g mkn kt kedai area umah dia tp sampai skrg xde jwpn pun.kalo xde gak aku g mkn sensorang jela jwbnye cmni...da besa da mkn sensorang.lapa tahap gaban da ni....so chilout dlu salam.